Saturday, November 6, 2010

PASAR DALAM DAPUR


Tidakkah kita merasa teruja, pada setiap kali kita memasak , kita hanya perlu memetik sayuran dan bahan masakan yang terdapat di pinggir tingkap dapur. Sayur segar yang sedang menghijau menjadi hiasan koridor dapur, pinggir tingkap, atas kabinet malah di tepi sinki menjadi bahan utama masakan. Baru betul namanya konsep " Terus Dari Ladang". Paling menarik.. sedang kita menikmati makanan tengahari bersama keluarga, dengan lauk pauk yang masih panas dan menu utama adalah sambal belacan, kita hanya perlu mencapai daun pegaga, selum dan pelbagai jenis ulaman yang sedang mekar dan segar di atas meja makan. Hanya perlu bilas dengan sedikit air dan terus boleh dimakan .

Zaman makan ulam atau sayur yang dah hampir layu ( 3 @ 4 hari dalam peti sejuk) mungkin dah berlalu. Kalau dulu sering sayur sawi / bayam / kobis dah berair pun masih dimasak lagi. Terutamanya suri rumah yang berkerjaya. Pergi pasar hanya hari ahad saja. Beli banyak untuk stok seminggu kerana kesuntukan masa. Masak pun jarang, akhir sekali bawa anak-anak makan di luar yang kualiti dan kesuciannya tidak terjamin.

Kini, zaman tu dah berlalu. Anda seorang jurutera, arkitek, doktor, pegawai kerajaan, guru, kerani, ahli politik atau apa saja, kini anda boleh menyajikan keluarga anda dengan makanan yang berkhasiat, segar dan bebas dari racun perosak. Seronok kan jadi surirumah tangga!! tak percaya ? cubalah. Anda pasti mendapat pujian dari suami dan anak-anak. Itulah kepuasan yang tiada nilai bagi seorang ibu dan isteri, iaitu dapat memberikan yang terbaik untuk keluarga.